CONTOH AKTIVITI MURID PANDAI
Aktiviti 1
Aktiviti Berkumpulan
Objektif :
Murid dapat mengenalpasti benda yang digunakan untuk mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan standard .
Bahan – bahan :
· Baldi
· Cawan plastik
· Gelas kaca
· Cawan kaca
· Lembaran kerja ( kotak jadual )
Langkah – langkah :
Langkah 1
· Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan ( 3 orang )
Langkah 2
· Setiap kumpulan diberi bahan – bahan dan sekeping jadual aktiviti .
Langkah 3
· Guru memberi arahan kepada murid dan menerangkan cara untuk melakukan aktiviti tersebut .
Langkah 4
· Setiap kumpulan dikehendaki menggunakan ketiga – tiga bekas iaitu cawan plastik , gelas kaca dan cawan kaca untuk menyukat kandungan air yang diperlukan untuk memenuhkan sebaldi air .
Langkah 5
· Gunakan cawan plastik untuk menuangkan air ke dalam baldi sehingga penuh .
· Bilang / kira berapa banyak bilangan cawan plastik yang telah digunakan untuk memenuhkan baldi tersebut .
Langkah 6
· Ulang langkah 5 untuk gelas kaca dan cawan kaca.
Langkah 7
· Rekodkan keputusan yang telah diperolehi di dalam jadual yang telah disediakan .
Langkah 8
· Guru menyemak jawapan bersama murid .
CONTOH AKTIVITI MURID LEMAH
Aktiviti 2
Objektif :
Murid dapat memahami konsep isipadu .
Bahan – bahan :
· Sebuah akuarium ( saiz sederhana )
· Bongkah berbentuk kiub ( sama saiz )
· Lembaran kerja
Langkah – langkah :
Langkah 1
· Guru menyediakan sebuah akuarium bersaiz sederhana dan beberapa bongkah berbentuk kiub yang mempunyai saiz yang sama
Langkah 2
· Murid dijelaskan oleh guru bahawa isipadu ialah ruang yang perlu dipenuhi oleh sesuatu bahan . Contohnya seperti air .
Langkah 3
· Dengan menggunakan contoh bahan maujud seperti akuarium dan bongkah kiub , guru menerangkan konsep isipadu kepada murid .
Langkah 4
· Guru memasukkan bongkah kiub ke dalam akuarium satu persatu sehingga penuh bagi mewakili ruang isipadu akuarium tersebut .
Langkah 5
· Guru menjelaskan kepada murid bahawa bilangan bongkah yang diisi ke dalam akuarium merujuk kepada ruang isipadu akuarium tersebut .
Langkah 6
· Murid diminta mengira bilangan bongkah kiub yang terdapat di dalam akauarium .
( guru mengeluarkan kembali bongkah kiub satu persatu dan murid mengiranya beramai – ramai ).
· Guru bersoal jawab dengan murid .
Berapakah bilangan kiub yang terdapat di dalam akaurium ini ?
Langkah 7
· Guru menegaskan bahawa bilangan bongkah kiub yang terdapat di dalam akuarium bersamaan dengan ruang isipadu akuarium tersebut .
Langkah 8
· Murid menjawab latihan di dalam lembaram kerja yang diberi .