Monday, November 22, 2010

PENGENALAN DAN VIDEO

Kita menggunakan ukuran ataupun sukatan setiap hari . Pegukuran adalah satu topik yang luas dalam KBSR . Ini kerana pengukuran dan penyukatan adalah dipraktikkan di dalam kehidupan seharian . Pengajaran mengukur dan menyukat sebenarnya dapat membantu dalam operasi nombor . Terdapat banyak konsep dan prosedur yang kedua – duanya digariskan dalam sukatan dan nombor . Contohnya mengukur kepada unit yang hampir .
            Mengukur dan menyukat adalah satu proses yang mana satu nombor untuk menunjukkan kedudukan asal objek yang hendak disukat atau peristiwa . Satu benda yang boleh diukur dalam pelajaran matematikTahun 2 ialah menyukat isipadu cecair . Satu sistem untuk memperkembangkan konsep yang boleh membantu pelajar belajar topik menyukat isipadu cecair dengan berkesan . Bermula dengan proses menyukat diikuti dengan cadangan perkembangan pedagogi .
            Beberapa aspek mengenai ukuran dan sukatan cecair perlu ditekankan antaranya ialah mengenalpasti kedudukan asal isipadu cecair , membuat perbandingan terus , mengukur atau menyukat isipadu tanpa menggunakan unit bukan standard untuk mengukur isipadu cecair dan seterusnya memperkenalkan ukuran standard untuk isipadu cecair .



 
VIDEO YANG MENUNJUKKAN CARA ISIPADU CECAIR DISUKAT

   

No comments:

Post a Comment