Tuesday, November 23, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ISIPADU CECAIR


CONTOH AKTIVITI MURID  PANDAI
Aktiviti 1
Aktiviti Berkumpulan

Objektif          :
Murid dapat mengenalpasti benda yang digunakan untuk mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan standard .

Bahan – bahan          :
·         Baldi
·         Cawan plastik
·         Gelas kaca
·         Cawan kaca
·         Lembaran kerja ( kotak jadual )

Langkah – langkah               :
Langkah 1
·         Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan ( 3 orang )
Langkah 2
·         Setiap kumpulan diberi bahan – bahan  dan sekeping jadual aktiviti .
Langkah 3
·         Guru memberi arahan kepada  murid dan menerangkan cara untuk melakukan aktiviti tersebut .

Langkah 4
·         Setiap kumpulan  dikehendaki menggunakan ketiga – tiga bekas iaitu cawan plastik , gelas kaca dan cawan kaca untuk  menyukat kandungan air yang diperlukan untuk memenuhkan sebaldi air  .
Langkah 5
·         Gunakan cawan plastik untuk menuangkan air ke dalam baldi sehingga penuh .
·         Bilang / kira berapa banyak bilangan cawan plastik yang telah digunakan untuk memenuhkan baldi tersebut .
Langkah 6
·         Ulang langkah 5 untuk gelas kaca dan cawan kaca.
Langkah 7
·         Rekodkan keputusan yang telah diperolehi di dalam jadual yang telah disediakan .
Langkah 8
·         Guru menyemak jawapan bersama murid .



CONTOH AKTIVITI  MURID  LEMAH
Aktiviti 2
Objektif          :
Murid dapat memahami konsep isipadu .

Bahan – bahan          :
·         Sebuah akuarium ( saiz sederhana )
·         Bongkah berbentuk kiub ( sama saiz )
·         Lembaran kerja

Langkah – langkah               :
Langkah 1
·         Guru menyediakan sebuah akuarium bersaiz sederhana dan beberapa bongkah berbentuk kiub yang mempunyai saiz yang sama
Langkah 2
·         Murid dijelaskan oleh guru bahawa isipadu ialah ruang yang perlu dipenuhi oleh sesuatu bahan . Contohnya seperti air .
Langkah 3
·         Dengan menggunakan contoh bahan maujud seperti akuarium dan bongkah kiub , guru menerangkan konsep isipadu kepada murid .
Langkah 4
·         Guru memasukkan bongkah kiub ke dalam akuarium satu persatu sehingga penuh bagi mewakili ruang isipadu akuarium tersebut  .


Langkah 5
·         Guru menjelaskan kepada murid bahawa bilangan bongkah yang diisi ke dalam akuarium merujuk kepada ruang isipadu akuarium tersebut .
Langkah 6
·         Murid diminta mengira bilangan bongkah kiub yang terdapat di dalam akauarium .
( guru mengeluarkan kembali bongkah kiub satu persatu dan murid mengiranya  beramai – ramai ).
·         Guru bersoal jawab dengan murid .
Berapakah bilangan kiub yang terdapat di dalam akaurium ini ?
Langkah 7
·         Guru menegaskan bahawa bilangan bongkah kiub yang terdapat di dalam akuarium bersamaan dengan ruang isipadu akuarium tersebut .
Langkah 8
·         Murid menjawab latihan di dalam lembaram kerja yang diberi .

No comments:

Post a Comment